
Dua serangan bom berani mati berlaku di selatan pinggir bandar Beirut, Lubnan malam tadi.

Pegawai Pertubuhan Palang Merah Lubnan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 37 orang maut, manakala lebih 180 orang cedera akibat serangan tersebut.

Setakat ini, belum terdapat sebarang kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap kedua-dua serangan itu.








