Cari:
Sidang Kemuncak Komanwel Dirasmikan
2015-11-28 16:57:40 CRI Cetak

Sidang kemuncak Komanwel dirasmikan di Valletta, Malta semalam.

Bekas ketua pendakwa raya England, Wales dan Ireland Utara, Patricia Scotland dilantik sebagai Setiausaha Agung ke-6 Komanwel, sekali gus menjadi wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

Beliau akan memulakan perkhidmatan secara rasmi pada 1 April tahun hadapan.

Mesyuarat selama tiga hari yang bertemakan "Tingkat Pengaruh Global" itu memfokuskan isu perubahan iklim dan usaha memerangi keganasan.

Ini merupakan mesyuarat berskala besar pertama yang membabitkan ramai ketua negara di Eropah sejak Paris mengalami serangan pengganas pada 13 November lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China