Cari:
Persidangan Iklim di Paris Masuk Fasa Terakhir
2015-12-10 15:11:49 CRI Cetak

Persidangan ke-21 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang sedang diadakan di Paris memasuki detik-detik terakhir.

Menteri Luar Perancis yang juga pengerusi persidangan ini, Laurent Fabius mengemukakan versi baharu teks perjanjian iklim global petang semalam, sebagai asas untuk rundingan berkenaan pada fasa terakhir.

Beliau berpendapat bahawa modal, visi tindakan serta bagaimana membolehkan semua unsur perjanjian baharu memperlihatkan prinsip "bersama-sama memikul tanggungjawab berbeza" adalah tiga masalah utama yang perlu diselesaikan.

Pihak-pihak terlibat bersetuju meneruskan rundingan berdasarkan dokumen tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China