Cari:
Kerajaan Sediakan Bantuan kepada Mangsa Tanah Runtuh
2015-12-24 15:10:25 CRI Cetak

Kerajaan bandar Shenzhen memberikan perhatian yang serius dalam menangani keperluan mangsa bencana tanah runtuh yang berlaku pada 20 Disember lalu.

Satu kumpulan petugas khas turut ditubuhkan untuk mengetuai misi membantu mangsa dan mengendalikan kerja-kerja susulan yang berkaitan.

Setakat semalam, penempatan semula 1,817 orang mangsa telah dilaksanakan.

Dimaklumkan, selepas terjadinya bencana, mangsa segera dipindahkan ke Pusat Sukan Daerah Baharu Guangming, Shenzen sebagai penempatan sementara.

Pihak-pihak yang terlibat turut menyediakan bantuan kecemasan seperti tempat rehat, makanan, minuman dan ubat-ubatan.

Seterusnya, mangsa dipindahkan ke 15 buah hotel.

Selain itu, kerajaan telah menubuhkan 76 kumpulan kerja yang masing-masing terdiri daripada lima anggota.

Kumpulan kerja tersebut bertanggungjawab untuk memastikan keperluan mangsa dan membantu keluarga mangsa yang hilang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China