Jet pejuang Rusia, Sukhoi Su-34 berjaya memusnahkan dua pangkalan simpanan minyak di wilayah Deir ez-Zor dan satu kem latihan pengganas di wilayah Idlib, Syria.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov semalam berkata, maklumat tentang kem latihan tersebut diterima daripada puak pembangkang Syria.
Jet Rusia akan meneruskan operasi untuk menyerang kemudahan minyak pengganas di Syria.
Dalam tempoh lima hari yang lalu, Rusia telah menghantar lebih 300 buah jet pejuang untuk melancarkan serangan terhadap 1,093 sasaran di beberapa wilayah Syria.