Cari:
Tentera Kerajaan Syria Menang dalam Beberapa Pertempuran
2015-12-27 15:22:18 CRI Cetak

Markas pasukan tentera kerajaan Syria semalam mengumumkan, pihaknya telah mencapai kemenangan di beberapa kawasan dalam beberapa minggu yang lalu dengan perlindungan jet pejuang Rusia dan Syria sendiri yang menyerang dari udara.

Operasi ketenteraan kerajaan amat berjaya di luar bandar Damsyik, provinsi Della dan As-Suwayda di selatan, provinsi Homs dan Hama di tengah serta Lattakia dan Aleppo di utara.

Pada 17 hingga 26 Disember yang lalu, pasukan tentera kerajaan telah melancarkan 168 kali serangan udara yang menyasarkan 590 sasaran pertubuhan pengganas.

Menurut taklimat pasukan tentera kerajaan Syria, Zahran Alloush, ketua "Jaysh al Islam", salah satu tentera pemberontak di negara itu, maut dalam serangan udara terhadap desa timur Damsyik pada 25 Disember yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China