Cari:
Tiga Konsensus Tangani Krisis Syria
2015-12-25 15:26:54 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ditemui Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Syria, Walid Muallem di Beijing semalam.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat dengan mendalam tentang cara untuk menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik dan mencapai tiga konsensus penting, iaitu pertama, isu Syria perlu diselesaikan melalui saluran politik.

Kedua, rakyat Syria berhak untuk menentukan masa depan sendiri. Ketiga, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranan penting dalam usaha menyelesaikan krisis tersebut.

Wang berkata, ketiga-tiga konsensus tersebut mematuhi Resolusi No.2254 yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) baru-baru ini dan turut dipersetujui oleh anggota majlis tersebut.

Selain itu, konsensus tersebut juga selaras dengan kepentingan negara dan rakyat Syria.

China akan menyediakan lagi bantuan kemanusiaan sebanyak RMB 40 juta (RM27 juta) kepada Syria.

Walid Muallem mengucapkan terima kasih atas sokongan China.

Menurut beliau, sebagai negara anggota PBB, Syria bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi UNSC.

Beliau berharap agar China memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China