Cari:
PM Li Seru Penyelarasan Dasar G20 Ditingkatkan
2016-02-27 17:42:27 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyeru supaya penyelarasan dasar ekonomi makro antara anggota Kumpulan 20 (G20) terus ditingkatkan.

Dalam ucapan video kepada Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) yang dirasmikan di Shanghai semalam, Li berkata sidang kemuncak G20 di Hangzhou nanti akan berfokus pada sinergi untuk mewujudkan ekonomi dunia yang inovatif, dinamik, saling hubung dan inklusif.

Untuk itu, anggota-anggota G20 perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan, dan bersama-sama memelihara kestabilan pasaran kewangan antarabangsa.

Para anggota perlu memperkasakan pembaharuan struktur, dengan memberi sokongan kepada inovasi, penyahkawalseliaan, penggalakan persaingan dan peningkatan keterbukaan, demi menjana kedinamikan pertumbuhan ekonomi.

Usaha juga perlu dilakukan untuk menyempurnakan tadbir urus ekonomi dan kewangan global, mendorong pembaharuan dalam institusi kewangan antarabangsa, membaiki sistem monetari global serta memperkasakan kerjasama pencukaian rentas sempadan bagi membina sistem eknomi antarabangsa yang lebih adil dan terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China