Cari:
Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Amat Berhasil
2016-03-11 14:56:05 CRI Cetak

Anggota Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) yang juga Ketua Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Guangxi, Xiao Yingzi baru-baru ini menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 operasi Zon Ekonomi Teluk Beibu.

Pembangunan di zon tersebut amat pesat dan berhasil dengan sokongan kerajaan pusat.

Sehingga tahun 2015, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat RMB 586.7 bilion (RM370.2 bilion) dengan purata pertumbuhan tahunan mencecah 13.8 peratus.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, terdapat sebahagian syarikat yang tersenarai dalam 500 terbaik dunia telah beroperasi di zon tersebut.

Infrastruktur termasuk lebuh raya, landasan kereta api laju, laluan kapal dan pelabuhan semakin canggih.

Pada masa ini, zon tersebut telah menjadi titik pertumbuhan ekonomi baharu yang paling pesat di Guangxi, malah seluruh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China