Cari:
China Menentang AS Campur Tangan Urusan Dalamannya
2016-03-12 15:30:23 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, AS dan beberapa negara yang lain mengutuk China dan mencampur tangan terhadap urusan dalaman dan kedaulatan kehakiman China dengan alasan hak asasi manusia. China menentang dengan tegas dan sama sekali tidak boleh menerima kritikan tersebut.

12 negara termasuk AS, Britain, Jepun dan Australia memberikan ucapan bersama-sama dalam sidang ke-31 Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Ucapan itu menunjukkan prihatin terhadap beberapa kes dan mengutuk keadaan hak asasi manusia di China.

Hong Lei berkata, badan kehakiman di China yang memartabatkan undang-undang, menangani kes-kes berkenaan dan menjamin hak suspek berdasarkan undang-undang. Tiada jalan pembangunan hak asasi manusia yang sesuai dengan keadaan kesemua negara. Pelbagai negara berhak untuk membangunkan hak asasi manusia berdasarkan keadaan dan permintaan rakyat sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China