Forum Asia Boao (BFA) 2016 dirasmikan hari ini.
Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian berkata, reformasi dan keterbukaan, pengubahsuaian struktur dan peningkatan taraf hidup rakyat menjadi tiga pemacu ekonomi China yang berkembang dengan stabil dalam jangka masa panjang.
Beliau menyeru negara-negara di Asia agar bergabung tenaga untuk membentuk momentum baharu demi mewujudkan pembangunan serantau.