Cari:
Menteri Kewangan China Hadiri Mesyuarat Menteri Jawatankuasa Pemba­ngunan
2016-04-19 14:55:49 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Jawatankuasa Pemba­ngunan (DC) ke-93 anjuran Bank Dunia (WB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) diadakan di Washington, AS baru-baru ini. Menteri Kewangan China, Lou Jiwei menghadiri mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon diundang sebagai tetamu kehormat.

Lou ketika berucap dalam mesyuarat tersebut berkata, pemulihan ekonomi global perlahan pada ketika ini, selain menghadapi pelbagai situasi yang tidak menentu.

Sumber pembangunan tidak mencukupi. Masalah kemiskinan dan kehilangan tempat tinggal menjejaskan pembangunan ekonomi dan kestabilan masyarakat di beberapa buah negara.

Keadaan ini disebabkan oleh kemiskinan, pengangguran, peperangan dan konflik. PBB dan masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu untuk menamatkan konflik, memelihara kedamaian dan mewujudkan pembangunan.

Menurut beliau, Bank Dunia perlu mengintensifkan kerjasama dan mendengar suara negara-negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China