Cari:
Masyarakat Antarabangsa Optimistik terhadap Perjanjian Paris
2016-04-21 15:07:21 CRI Cetak

Majlis menandatangani Perjanjian Paris peringkat tinggi akan diadakan di ibu pejabat PBB di New York esok.

Masyarakat antarabangsa optimistik terhadap masa depan perjanjian tersebut.

Menurut laman web PBB, wakil dari lebih 150 negara akan menyertai majlis tersebut.

Sejumlah negara akan mengemukakan dokumen untuk kelulusan perjanjian itu.

Lebih 60 pemimpin peringkat tinggi akan menyaksikan penandatanganan perjanjian tersebut.

Bagi menghadapi perubahan iklim global, dua entiti ekonomi terbesar, China dan Amerika Syarikat (AS) akan menandatangani perjanjian itu esok.

Kerajaan Jepun juga menyanjung tinggi Perjanjian Paris, dan menyatakan bahawa perjanjian tersebut akan menggantikan Protokol Kyoto dalam penetapan rangka kerja antarabangsa baharu bagi pelepasan gas rumah hijau pasca 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China