Cari:
Ahli Politik Jepun Ziarahi Yasukuni Jinja Dikritik Awam
2016-04-24 15:17:48 CRI Cetak

Menteri Kehakiman kabinet Jepun, Mitsuhide Iwaki semalam menziarahi dan memuja Yasukuni Jinja. Sebelum ini, dua orang menteri kabinet dan sejumlah anggota parlimen pula menziarahi kuil yang terdapat tempat roh penjenayah peringat A Perang Dunia ke-2 tersebut. Tindakan mereka turut dikritik oleh pelbagai lapisan masyarakat di Jepun.

Pengarah Majlis Mewarisi dan Mengembangkan Ucapan Tomiichi Murayama, Fujita Takakage berkata, tindakan tersebut membelakangi prinsip "politik dan agama dipisahkan" yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu, langkah mereka telah menyakiti perasaan rakyat China dan Korea Selatan dan sama sekali tidak boleh diterima.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pula berkata, pihaknya menggesa Jepun memandang tepat dan menyingkap kembali sejarah serta bertindak untuk mendapatkan kepercayaan negara jirannya di Asia dan masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China