Cari:
AS Jangan Jadi "Terumbu Yang Berbahaya" di Laut China Selatan
2016-05-16 12:51:09 CRI Cetak

Jurucakap Kedutaan Besar China di Amerika Syarikat (AS), Zhu Haiquan telah menulis surat untuk akhbar Washington Post bagi menjelaskan prinsip dan pendirian China tentang isu Laut China Selatan.

Surat tersebut turut membantah rencana yang bertajuk, "Terumbu berbahaya di Laut China Selatan" yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 8 Mei yang lalu.

Pulau Huangyan tetap merupakan wilayah China.

China tidak akan menerima keputusan kes timbang tara yang dikemukakan secara sepihak oleh Filipina.

AS tidak mempunyai sebarang tuntutan ke atas mana-mana wilayah di Laut China Selatan.

Negara itu tidak patut menjadi "terumbu yang berbahaya" di kawasan perairan tersebut.

China berharap agar AS dan negara-negara berkenaan dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk mengadakan dialog dan rundingan.

Hubungan antara AS dengan negara-negara berkenaan tidak patut menjadi alasan untuk menjejaskan kedaulatan dan kepentingan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China