Cari:
China Puji Pendirian Togo dalam Isu Laut China Selatan
2016-05-19 14:49:08 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, Togo menyeru pelbagai pihak yang terlibat dalam isu Laut China Selatan agar mematuhi Fasal 298 Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) dan undang-undang antarabangsa yang lain.

China amat menghargai pendirian Togo yang adil dan saksama tentang isu tersebut.

Menurut beliau, Togo menyeru percanggahan tersebut diselesaikan melalui permuafakatan dan rundingan damai serta memperkukuh kepercayaan dan memperkasakan kerjasama melalui rundingan.

Berdasarkan pandangan negara itu, dialog dan rundingan terus dengan pelbagai pihak yang terbabit merupakan satu-satunya kaedah untuk menyelesaikan isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China