Cari:
AS Tenterakan Laut China Selatan
2016-05-20 14:29:49 CRI Cetak

Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Cui Tiankai ketika menyampaikan ucapan kepada kumpulan pemikir AS baru-baru ini berkata, AS akan benar-benar "menenterakan" Laut China Selatan jika terus mengerahkan kapal dan pesawat tentera ke kawasan perairan tersebut.

Beliau menyeru Washington dan Beijing mengawal perselisihan secara konstruktif.

Menurut beliau, AS mengumumkan untuk menentang sebarang usaha "menenterakan" Laut China Selatan, namun kenyataannya, Washington yang meningkatkan kehadiran kapal perang dan jet pejuang secara berterusan di kawasan perairan tersebut.

China digesa mematuhi Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), tetapi sebenarnya konvensyen itu tidak boleh digunakan dalam percangahan wilayah dan kedaulatan.

Tingkah laku AS yang beralasan "kebebasan belayar" akan menghasut negara-negara yang terlibat membuat provokasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China