Bank Pembangunan China (CDB) akan mengumpulkan dana sekurang-kurangnya RMB1.5 trilion (RM932 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi pembinaan infrastruktur, penempatan semula, pembangunan industri yang unik serta pembangunan sektor pendidikan dan kesihatan di kawasan-kawasan miskin.
Presiden CDB, Hu Huaibang berkata, pihaknya akan mengambil pelbagai langkah dalam bidang-bidang yang berkenaan untuk membasmi kemiskinan.