Cari:
Ekspo China-Asia Selatan Ke-4 Tutup Tirai
2016-06-18 15:20:10 CRI Cetak

Ekspo China-Asia Selatan ke-4 yang juga Fair Import-Eksport Kunming China ke-24 ditutup di Kunming semalam. Lebih lima ribu syarikat dari 89 kawasan dan negara serta 29 provinsi dan bandar di China menyertai ekspo kali ini. Jumlah perdagangan melalui ekspo kali ini mencatat RMB 158 bilion (RM98 bilion). Kira-kira 800 ribu orang mengunjung ekspo tersebut.

Ekspo kali ini telah buat kali pertama mengadakan simposium kerjasama produktiviti antarabangsa yang turut membawa prospek yang cerah kepada para peserta. Simposium kerjasama pelancongan rentas sempadan kali pertama yang diadakan dalam tempoh Ekspo China-Asia Selatan turut mengadakan perbincangan dan pertukaran tentang bidang tersebut pada masa akan datang.

Ekspo tersebut telah menjadi platform yang penting bagi pertukaran dan kerjasama antara China dengan negara-negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China