Cari:
China, Rusia Bincang Keselamatan Asia Timur Laut
2016-07-29 14:42:07 CRI Cetak

Rundingan ke-4 antara China dengan Rusia tentang keselamatan Asia Timur Laut diadakan di Moscow semalam.

Rundingan yang dipengerusikan oleh Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan Timbalan Menteri Luar Rusia, Igor Morgulov itu disertai oleh wakil dan pakar berkenaan dari kedua-dua negara.

Menurut kedua-dua pihak, situasi keselamatan di Semenanjung Korea dan Asia Timur Laut mengalami perubahan yang rumit. China dan Rusia yang telah menjalinkan perkongsian strategik komprehensif akan memperkasakan komunikasi dan penyelarasan berdasarkan kenyataan bersama pemimpin kedua-dua negara untuk mengukuhkan kestabilan strategik sejagat.

Kedua-dua pihak turut menyuarakan kebimbangan terhadap penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan, dengan mengatakan langkah Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan itu akan menjejaskan keseimbangan strategik, keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.

Lihat juga
berita lain
v Pertemuan PM China-Rusia di Mongolia 2016-07-16 15:36:29
v Mesyuarat Meja Bulat Pembangunan HSR China-Rusia di Saint Petersburg 2016-07-04 17:00:15
v Li Keqiang Menelefon Medvedev 2015-07-05 16:16:02
v Forum Media China-Rusia 2015-06-29 15:05:10
v Kerjasama China, EAEU Digalakkan 2015-05-10 14:40:59
v Hubungan China-Rusia Diperkukuh Lagi 2015-05-10 13:59:01
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China