Rakyat Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran sebagai membantah tabung bagi membantu mangsa yang menjadi hamba seks tentera penceroboh Jepun.
Para penunjuk perasaan menuntut kerajaan Jepun membuat permohonan maaf secara rasmi dan memberikan pampasan berdasarkan undang-undang.
Tabung yang dibiayai kerajaan Jepun dengan tujuan untuk "mewujudkan persefahaman dan mengubati" mangsa perhambaan seks itu ditubuhkan di Seoul pada 28 Julai lalu, berdasarkan perjanjian yang dicapai oleh kerajaan Korea Selatan dan Jepun pada Disember tahun lalu.
Menurut penunjuk perasaan, perjanjian yang tidak mengandungi permohonan maaf rasmi dan pampasan daripada kerajaan Jepun itu tidak akan diterima. Penubuhan tabung tersebut tidak mempunyai makna dari segi undang-undang.