Cari:
Jepun Biayai Tabung Hamba Seks Korea Selatan
2016-08-13 17:13:30 CRI Cetak

Jepun akan menyediakan JPY1 bilion untuk membiayai tabung bagi membantu mangsa yang menjadi hamba seks semasa Perang Dunia II.

Persetujuan itu dicapai dalam rundingan melalui telefon antara Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yun Byung-se semalam.

Menurut Agensi Berita Kyoto, kerajaan Korea Selatan akan menyerahkan wang tersebut kepada mangsa berkenaan atau keluarga mereka.

Tabung yang dibiayai kerajaan Jepun dengan tujuan untuk "mewujudkan persefahaman dan mengubati" mangsa perhambaan seks itu ditubuhkan di Seoul pada 28 Julai lalu, berdasarkan perjanjian yang dicapai oleh kerajaan Korea Selatan dan Jepun pada Disember tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China