Cari:
Pemimpin Daesh di Afghanistan Terbunuh
2016-08-14 14:49:06 CRI Cetak

Pemimpin kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan, Hafiz Saeed Khan ditembak mati dalam satu serangan udara di wilayah sempadan kedua-dua negara tersebut, bulan lalu.

Jurucakap pasukan keselamatan di wilayah Nanagarhar, timur Afghanistan semalam mengesahkan Hafiz terbunuh dalam serangan menggunakan pesawat tanpa juruterbang oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 26 Julai lalu.

Kematian Hafiz turut disahkan Pentagon dalam laman web rasminya pada 12 Ogos lalu.

Setakat ini, Daesh belum memberikan maklum balas berhubung laporan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China