Serangan bom berani mati melanda Jalalabad, ibu kota wilayah Nangarhar, timur Afghanistan semalam.
Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 16 orang lagi cedera dalam serangan kali ini.
Pihak polis telah menutup kawasan tersebut. Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
Pada waktu yang sama, letupan bom turut berlaku di sekitar kawasan Kedutaan Besar Itali di Kabul.
Setakat ini, belum terdapat sebarang pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua serangan tersebut.
Kabul sering dilanda serangan pengganas sejak memasuki tahun baharu.
Dialog empat pihak mengenai isu Afghanistan pusingan ke-2 dijadulkan bermula hari ini.