Cari:
China, Britain Pupuk Rasa Saling Memahami
2016-09-06 15:37:33 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Perdana Menteri Britain, Theresa May yang turut menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hangzhou.

Xi terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Theresa yang menyandang jawatan Perdana Menteri Britain.

Menurut beliau, China dan Britain merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan negara anggota G20 yang penting.

Kedua-dua pihak perlu memperkasakan kerjasama demi manfaat rakyat kedua-dua negara, di samping menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia.

China bersedia untuk bergabung tenaga dengan kerajaan baharu Britain dalam usaha meningkatkan saling mempercayai dalam politik serta mengintensifkan pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang bagi memastikan hubungan kedua-dua negara berkembang dengan lebih stabil dan baik.

Theresa pula mengucapkan tahniah kepada China kerana berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak G20 kali ini.

Menurut beliau, hubungan antara Britain dengan China berada pada "zaman keemasan".

Kerjasama antara kedua-dua negara semakin luas dan berpotensi besar.

Pihaknya komited untuk memperkasakan perkongsian strategik komprehensif serta memupuk rasa saling memahami dan percaya-mempercayai dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China