Cari:
China, Negara Besar yang Bertanggungjawab
2016-09-07 14:51:09 CRI Cetak

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura semalam menyiarkan rencana pengarang yang bertajuk, China mempamerkan imej negara kuasa besar yang bertanggungjawab.

Rencana tersebut menyanjung tinggi peranan China dalam Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20), dan turut menyebut bahawa sidang kali ini amat penting bagi hubungan diplomatik China.

Kecemerlangan sidang tersebut turut disumbang oleh pengaruh China dalam kalangan masyarakat antarabangsa, di samping pelbagai kejayaan yang telah dikecapi semenjak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

China telah menghantar mesej yang jelas kepada dunia, iaitu pusat ekonomi dunia kini sudah berpindah ke timur.

Dengan berlatarkan kelembapan pemulihan ekonomi global, China terus melangkah sebagai pemacu ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China