Cari:
Tafsiran Baharu tentang Angkat Sumpah di Hong Kong
2016-11-08 11:33:25 CRI Cetak

Mesyuarat dwibulanan ke-24 Jawatankuasa Tetap ke-12 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) semalam meluluskan tafsiran Perkara 104 Undang-Undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong.

Tafsiran itu menetapkan prosedur dan butiran bagi penjawat awam di Hong Kong yang mengangkat sumpah untuk menyandang jawatan.

Seorang anggota Dewan Undangan Wilayah Hong Kong baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang menghina negara dan bangsa serta mengemukakan pendapat seolah-olah mendukung "kemerdekaan Hong Kong" ketika mengangkat sumpah.

Menurut tafsiran baharu tersebut, mana-mana individu yang mengangkat sumpah perlu membaca dengan tepat, lengkap dan penuh takzim semua dokumen rasmi yang menyokong Undang-undang Asas serta menunjukkan taat setia kepada Hong Kong SAR Republik Rakyat China (PRC).

Mana-mana individu yang menolak untuk mengangkat sumpah atau sengaja membaca watikah pelantikan yang tidak betul, tidak ikhlas dan tidak serius, maka pelantikan tersebut dianggap tidak sah, sekali gus akan kehilangan kelayakan yang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China