Pegawai Kementerian Luar China hari ini memaklumkan, Presiden, Xi Jinping bakal mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador, Peru dan Chili pada 17 hingga 23 November, di samping menghadiri mesyuarat tidak formal pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-24 yang diadakan di Lima, Peru.
Lawatan tersebut merupakan lawatan kali ketiga Presiden Xi ke Amerika Latin.
Lawatan kali ini diyakini akan memperkukuh hubungan persahabatan serta meningkatkan rasa saling mempercayai dalam politik dan kerjasama pragmatik antara China dengan ketiga-tiga negara berkenaan.
Selain itu, lawatan tersebut juga diharap dapat memperkasakan hubungan perkongsian strategik komprehensif, di samping mendorongkan negara-negara membangun dan entiti ekonomi baharu bekerjasama untuk menghadapi cabaran serta mewujudkan pembangunan bersama.