Naib Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab tentang pertumbuhan ekonomi, sumber tenaga dan urusan persekitaran, Catherine Novelli yang sedang menghadiri persidangan perubahan iklim PBB di Marrakech, Maghribi semalam berkata, kerjasama antara AS dengan China dalam usaha menangani perubahan iklim sejagat amat baik. Kedua-dua negara dengan sebulat suara mendorong dan meluluskan Perjanjian Paris. Menurutnya, topik kerjasama dalam bidang iklim antara kedua-dua negara amat luas termasuk kerjasama maritim.