Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, pihaknya membantah sekeras-kerasnya "Resolusi Serentak" yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) terhadap Taiwan baru-baru ini.
China menggesa AS mengambil langkah yang efektif bagi menghapuskan kesan negatif resolusi tersebut.
Menurut beliau, hal ehwal Taiwan adalah urusan dalaman China.
AS menggubal secara sepihak apa yang disebut "Akta Hubungan Taiwan" serta memberikan "Enam Jaminan" kepada Taiwan.
Langkah tersebut mencabuli dasar satu China dan Tiga Kenyataan Bersama China-AS.
China membantah campur tangan AS dalam urusan dalaman China.