Cari:
AS Diharap Amalkan Dasar Positif terhadap China
2016-02-25 15:56:44 CRI Cetak

China berharap dan yakin bahawa AS akan mengamalkan dasar yang positif terhadap China dengan sikap bertanggungjawab.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian di Beijing semalam.

Pemilihan calon Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) sedang diadakan.

Donald Trump, yang berpotensi besar menjadi calon presiden daripada Parti Republikan, pernah menyatakan bahawa kerajaannya akan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap barangan import dari China untuk mengimbangi penurunan nilai renminbi (RMB) sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden AS.

Hua berkata, pihaknya memberikan perhatian terhadap kempen pilihan raya itu, namun enggan mengulas mengenai calon presiden tersebut kerana hal itu merupakan urusan dalaman AS.

Sebagai negara maju dan negara membangun yang terbesar di dunia, AS dan China berkongsi tanggungjawab untuk memelihara kestabilan, keamanan dan pembangunan dunia.

Hubungan yang sihat dan stabil antara China dengan AS adalah sejajar dengan kepentingan jangka panjang kedua-dua negara, malah seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China