Cari:
China, AS Perlu Tingkatkan Kesalingpercayaan Strategik
2016-02-25 15:55:32 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang dalam rangka lawatan di Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Majlis Hubungan Luar AS, Richard N. Haass di Washington semalam.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang dasar luar AS dan hubungan kedua-dua negara di rantau Asia Pasifik.

Wang Yi berkata, China dan AS mempunyai pengaruh yang besar terhadap hal ehwal antarabangsa.

Kedua-dua negara perlu meningkatkan kesalingpercayaan dan kerjasama strategik demi memberikan sumbangan kepada kedamaian, keselamatan dan pembangunan dunia.

China mengekalkan dasar yang mementingkan keamanan, terbuka dan saling menguntungkan di Asia Pasifik.

China bersedia untuk meningkatkan dialog dengan AS dalam sebarang isu yang menjadi perhatian bersama.

Haass pula berkata, situasi semasa di Asia Barat dan Eropah telah memberikan cabaran kepada masyarakat antarabangsa, secara tidak langsung turut menyuntik perubahan kepada Asia Pasifik.

AS dan China perlu mengekalkan komunikasi dan kerjasama strategik. Hal ini kondusif bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut, dan juga selaras dengan kepentingan bersama semua pihak.

Lihat juga
berita lain
v Park Geun-hye Temui Wang Yi 2015-03-22 14:57:05
v Wang Yi: Elakkan Sejarah Buruk Berulang 2013-12-20 15:57:14
v China Terus Kekalkan Pembangunan Secara Damai 2013-09-28 14:54:44
v China Sokong Peranan PBB dalam Isu Syria 2013-09-23 10:58:11
v Wang Yi Meysuarat dengan John Kerry 2013-09-20 12:24:28
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China