Cari:
Wang Yi dan Kerry Bincang Isu Penting
2016-05-17 15:54:21 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), John Kerry berbincang tentang isu-isu penting melalui telefon semalam.

Wang berkata, dialog strategik dan ekonomi China-AS pusingan baharu serta perbincangan peringkat tinggi tentang pertukaran budaya kedua-dua negara bakal diadakan.

Selain itu, kedua-dua pihak akan terus mengadakan komunikasi dan koordinasi untuk membuat persiapan sempena Sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang akan diadakan di Hangzhou, China.

Beliau berharap agar kedua-dua negara dapat meneruskan kerjasama dan menangani percanggahan pendapat dengan baik untuk memelihara perkembangan hubungan bilateral yang sihat dan stabil.

Kerry pula berkata, pihaknya amat mementingkan perkembangan hubungan dengan China dan tidak akan menyokong "kemerdekaan Taiwan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China