Cari:
Wang Yi dan Kerry Tukar Pendapat
2016-06-19 15:36:51 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi semalam menelefon rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), John Kerry untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu yang diberi perhatian bersama-sama.

Kerry berkata, Dialog Strategi dan Ekonomi AS-China yang diadakan di Beijing baru-baru ini amat berjaya. Pihaknya bersedia mempertingkatkan hubungan kedua-dua negara. Menurutnya, dasar AS tentang isu Tibet tidak berubah. Pihaknya mempertahankan Tibet ialah wilayah China dan tidak akan menyokong "kemerdekaan Tibet".

Wang pula berkata, dialog berkenaan telah meletakkan asas yang baik bagi perkembangan hubungan kedua-dua negara ke arah yang stabil dan sihat. Beliau menegaskan lagi prinsip dan pendirian China tentang isu Tibet dan menuntut AS menghentikan campur tangan urusan dalaman China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China