Cari:
China Bantah AS dan Taiwan Jalin Hubungan Rasmi
2016-12-10 16:43:35 CRI Cetak

China menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap hubungan rasmi dan ketenteraan dalam apa jua bentuk antara Amerika Syarikat (AS) dengan Taiwan, termasuk penjualan senjata kepada Taiwan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam taklimat media semalam berkata, pendirian tersebut adalah jelas dan konsisten.

Menurut beliau, isu Taiwan, yang berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah China, menjadi masalah yang paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS.

Kongres AS meluluskan Akta Pemberian Kuasa Pertahanan Nasional (NDAA) Khamis lalu, yang buat pertama kali memasukkan kandungan mengenai pertukaran ketenteraan peringkat tinggi antara AS dengan Taiwan.

Sehubungan dengan itu, Lu menggesa AS mematuhi dasar Satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS serta menepati komitmen yang telah dibuat.

Beliau turut menggesa AS supaya menangani isu berkenaan dengan berhati-hati bagi mengelakkan hubungan antara kedua-dua negara terjejas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China