China mengemukakan bantahan kepada Jepun selepas Pasukan Pertahanan Diri Jepun mengerahkan dua jet pejuang F-15 untuk mengganggu pesawat tentera China yang menuju ke Pasifik Barat melalui Teluk Moyako untuk misi latihan rutin, pagi semalam.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun berkata, tindakan Jepun itu mengancam keselamatan pesawat dan juruterbang China hingga memaksa juruterbang berkenaan segera mengambil langkah balas yang sewajarnya.
Menurut beliau, Teluk Moyako merupakan laluan antarabangsa yang diiktiraf sejagat. Latihan angkatan udara China kali ini adalah rutin dan tidak menyasarkan mana-mana pihak. Perbuatan berbahaya tentera Jepun itu telah menjejaskan kebebasan pelayaran dan penerbangan yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa.
China menggesa Jepun mengambil tindakan yang berkesan untuk mengelak berlakunya masalah keselamatan di ruang udara dan laut.