
Polis Jerman mengenal pasti warga Tunisia, Anis Amri sebagai suspek utama serangan trak di pasar Krismas di Berlin dan berikrar memburu lelaki yang disifatkan berbahaya itu.
Polis menemui kad pengenalan (ID) Amri dalam trak yang dipandu oleh penyerang.

Menurut laporan media tempatan, suspek berusia antara 21 hingga 23 tahun itu bagaimanapun menggunakan tiga nama berbeza bagi mengelakkan dirinya dikenali.
Amri berpindah ke Itali pada 2012 dan menetap di Jerman sejak Julai 2015. Dia juga pernah meminta perlindungan suaka di Jerman pada April tahun ini.








