Cari:
Jerman Gagalkan Komplot Serangan Pengganas
2016-06-03 15:08:37 CRI Cetak

Polis Jerman semalam berjaya mematahkan satu komplot serangan pengganas di bandar Duesseldorf, barat daya negara itu dengan menahan tiga orang suspek.

Menurut akhbar Der Spiegel, kumpulan pengganas dari Syria merancang untuk melancarkan serangan terhadap Altstadt (Kota Lama), Duesseldorf mengikut arahan kumpulan militan Negara Islam (IS), dengan dua penyerang melakukan serangan berani mati di pusat bandar, manakala yang lain melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai.

Pihak berkuasa keselamatan Jerman berkata, komplot serangan ini menunjukkan bahawa IS telah menjadikan Jerman sebagai sasaran serangannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China