Cari:
Jerman Digesa Siasat Kes Pembunuhan Pelajar China
2016-05-30 16:40:50 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Jerman semalam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwa raya Jerman kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak bertanggungjawab tentang kes pembunuhan seorang pelajar China.

Kedutaan Besar China menuntut Jerman menjalankan siasatan yang adil dan saksama terhadap kes tersebut serta memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Pelajar wanita dari China yang nama keluarganya Li itu berusia 25 tahun dan menetap di Dessau-Roßlau.

Dia telah dibunuh pada petang 11 Mei lalu selepas berjoging. Pihak polis telah menahan dua orang suspek pada 23 Mei lalu bagi membantu siasatan.

Ketika mendedahkan situasi kes tersebut kepada pihak media, pendakwa raya telah membuat kenyataan sebelah pihak yang mengaibkan mangsa dan kenyataan tersebut juga masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Keadaan tersebut telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan anggota keluarga mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China