Menteri Dalam Negeri Itali, Marco Minniti semalam berkata, polis telah menembak mati Anis Amri, suspek yang terlibat dalam serangan trak di pasar Krismas di Berlin, Jerman.
Menurut Minniti, warganegara Tunisia berusia 24 tahun itu mengeluarkan pistol daripada beg sandangnya dan terus melepaskan tembakan ke arah dua anggota polis apabila dia diminta menunjukkan kad pengenalan (ID), di Milan pada pukul 3 subuh.
Seorang anggota polis turut cedera di bahu semasa berbalas tembakan.
Lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu disahkan Anis Amri melalui cap jari dan ciri-ciri wajah.