Cari:
PBB Kutuk Kejadian Tembakan di Quebec
2017-01-31 13:27:45 CRI Cetak

PBB semalam mengutuk kejadian tembakan di sebuah masjid di Quebec, Kanada.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, pihaknya memberikan perhatian yang serius terhadap kejadian kali ini.

Menurut beliau, serangan kali ini jelas merupakan serangan keganasan.

Beliau berharap agar rakyat Kanada terus bersatu padu dan menolak sebarang perbezaan yang berasaskan agama.

Setakat ini, seramai enam orang maut dalam serangan tersebut.

Polis telah berjaya menahan seorang suspek, namun maklumat terperinci tentang suspek itu belum dimaklumkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China