Cari:
Pembangkang Korea Selatan Gesa Batalkan Rancangan THAAD
2017-03-07 15:37:19 CRI Cetak

Tokoh dari parti pembangkang terbesar dan sejumlah wakil sektor perdagangan Seoul mengadakan sidang media semalam bagi menggesa rancangan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) dibatalkan.

Datuk Bandar Seongnam, Lee Jae-myung berkata, THAAD tidak akan memberikan manfaat kepada Korea Selatan tetapi hanya Amerika Syarikat (AS) sahaja.

Korea Selatan dan China akan mengalami kerugian akibat penempatan sistem tersebut.

Penempatan THAAD akan menyebabkan risiko perang dan menjejaskan kestabilan di Semenanjung Korea.

Segelintir wakil dari komuniti perniagaan Seoul pula mengutuk rancangan penempatan THAAD kerana menjejaskan hubungan perdagangan dengan China.

Mereka menggesa tokoh-tokoh politik agar membatalkan rancangan itu bagi memelihara kerjasama ekonomi dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China