Cari:
Britain Sokong "Resolusi Dua Negara"
2017-03-09 12:13:08 CRI Cetak

Menteri Luar Britain, Boris Johnson semalam mengadakan lawatan ke Palestin dan Israel serta menemui pemimpin kedua-dua negara.

Beliau sekali lagi menegaskan "resolusi dua negara" untuk menyelesaikan konflik di kawasan itu.

Menurut Boris, tindakan Israel membina pusat penempatan Yahudi di kawasan Palestin ternyata menjejaskan proses damai Palestin-Israel.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, pihaknya bersedia untuk mendorong rundingan damai berdasarkan "resolusi dua negara", dan akhirnya mengiktiraf Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin berdasarkan garis sempadan yang ditetapkan pada tahun 1967.

Boris Johnson ketika menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahud pula berkata, perkara yang menghalang proses damai seperti isu penempatan Yahudi perlu dihapuskan.

Bagaimanapun, menurut Netanyahu, pusat penempatan Yahudi bukan isu yang menjejaskan proses damai tetapi keengganan Palestin untuk mengakui Israel sebagai negara Yahudi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China