Menteri Industri dan Teknologi Maklumat, Miao Wei dalam persidangan ke-5 NPC ke-12 hari ini berkata, China akan menambah bekalan barang penggunaan bermutu tinggi, meningkatkan penyeliaan terhadap pasaran serta membanteras tindakan yang membuat barang tiruan agar membina "jenama China" yang berprestij.
Menurut Miao, seiring dengan kenaiktarafan kepenggunaan, jumlah bekalan produk bermutu tinggi kelihatan kurang, sedangkan jumlah pengeluaran produk bermutu rendah terlalu banyak. China perlu membaharui struktur dalam sektor pembekal, meningkatkan kualiti dan budaya jenama serta menambah bekalan barang penggunaan bermutu tinggi.