Cari:
Semua Pihak Diminta Bertenang Hadapi Ujian Peluru Berpandu DPRK
2017-03-23 14:41:30 CRI Cetak

China menyeru semua pihak agar bertenang dan bersabar ketika berdepan dengan pelancaran ujian peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Seruan itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying, selepas DPRK dilaporkan menjalankan satu lagi ujian peluru berpandu semalam. Walau bagaimanapun, ujian itu gagal sejurus beberapa saat dilancarkan.

Hua Chunying berkata, situasi di Semenanjung Korea agak tegang pada ketika ini.

China berharap semua pihak tidak akan mengambil tindakan yang meruncingkan lagi situasi di kawasan itu.

Menurut beliau, isu nuklear di Semenanjung Korea sudah lama berlaku.

Perselisihan, permusuhan dan saling tidak mempercayai merupakan punca bagi isu tersebut.

Sebarang tindakan sepihak yang diambil berdasarkan keselamatan dan kepentingan sendiri akan lebih merumitkan isu itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China