Menurut statistik yang diumumkan semalam, jumlah jualan runcit di Hong Kong telah naik semula pada bulan Mac lalu, selepas mengalami kemerosotan selama dua tahun.
Menurut pihak berkuasa Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong China, keadaan ini memperlihatkan jumlah pelancong yang melawat Hong Kong telah meningkat semula, selain keadaan pengambilan tenaga kerja dan pendapatan penduduk Hong Kong amat baik.