Cari:
Macron, Presiden Baharu Perancis
2017-05-08 15:11:10 CRI Cetak

Menurut statistik yang diumumkan oleh beberapa agensi malam tadi, mantan menteri ekonomi sebagai calon presiden dari Pergerakan "Forward", Emmanuel Macron telah memperoleh 65 peratus undi dalam pilihan raya Presiden Perancis 2017.

Beliau yang baru berusia 39 tahun akan menjadi presiden paling muda dalam sejarah Republik Kelima Perancis selama hampir 60 tahun.

Macron ketika berucap melalui TV malam tadi berkata, beliau komited untuk menghapuskan percanggahan antara rakyat dalam tempoh perkhidmatannya selama lima tahun.

Beliau akan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh demi Perancis.

Presiden sekarang, François Hollande telah menelefon Macron untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau.

Menurut Hollande, kemenangan Macron menunjukkan mesej jelas bahawa majoriti rakyat berharap dapat bersatu padu di bawah Republik Perancis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China