Cari:
Sektor Perbankan China Sediakan Perkhidmatan bagi B&R
2017-05-12 14:26:17 CRI Cetak

Sejak inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dikemukakan oleh China lebih tiga tahun, sektor perbankan China komited menyediakan pembiayaan kewangan bagi pelaksanaan projek-projek inisiatif tersebut.

Naib Pengerusi Persatuan Perbankan China, Pan Guangwei semalam berkata, sehingga akhir tahun 2016, sebanyak sembilan bank China telah menubuhkan 62 buah agensi di 26 negara yang terlibat dalam inisiatif tersebut.

Sementara itu, institusi perbankan dari negara-negara tersebut juga telah memasuki pasaran China.

Sehingga akhir tahun lepas, sejumlah 54 bank komersial dari 20 negara telah menubuhkan institusi kewangan di China.

Menurut beliau, B&R memerlukan dana yang besar dalam jangka masa panjang.

Pembiayaan kewangan yang terdiri daripada pelbagai bank pusat, bank komersial dan pertubuhan pembangunan antarabangsa perlu diwujudkan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China