Cari:
Liu Zhenmin Dilantik Naib Setiausaha Agung PBB
2017-06-09 14:27:11 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam mengumumkan, Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dipilih sebagai Naib Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sosioekonomi, menggantikan Wu Hongbo yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Julai nanti.

Antonio Guterres memuji sumbangan Wu Hongbo sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Liu Zhenmin pada ketika ini menyandang jawatan Naib Menteri Luar China yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Asia, konvensyen dan undang-undang, garis sempadan dan urusan maritim.

Sebelum ini, beliau pernah memegang pelbagai jawatan lain seperti Naib Duta Besar China ke PBB, pembantu menteri luar, dan sebagainya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China