Cari:
Korea Selatan Enggan Ubah Penempatan THAAD
2017-06-10 14:51:19 CRI Cetak

Pengarah Jabatan Keselamatan Negara Chong Wa Dae Korea Selatan, Chung Eui-yong semalam berkata, Seoul tidak ingin membelakangi perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata demikian ketika menyatakan pendirian kerajaan Korea Selatan dalam masalah penempatan sistem antipeluru berpandu Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di negara itu.

Menurutnya, penempatan THAAD bertujuan untuk melindungi keselamatan Korea Selatan dan tentera AS yang ditempatkan di negara itu berikutan ancaman dari Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang kian meningkat. Keputusan ini tidak mudah berubah walaupun pada masa peralihan pemerintahan.

Tambah beliau, kepentingan dan keselamatan negara Korea Selatan tetap diutamakan.

Pelbagai pertubuhan dalam negara itu yang menentang penempatan THAAD di Korea Selatan mengadakan sidang akhbar kelmarin untuk menuntut pihak berkuasa menghentikan penempatan THAAD dan mengundurkan sistem itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China